Cara Mengatasi Kembung Perut Bayi

Kalau Mak tengok anak tidak tenang dan merengek tanpa sebab, mungkin kerana perutnya kembung. Sebenarnya anak berumur 3-4 bulan adalah normal jika mengalami kembung perut. Hal ini kerana ususnya belum berfungsi dengan sempurna.

Selain itu, apabila sudah berusia 6 bulan ke atas, bayi ini juga akan kerap berasa tidak selesa pada perut. Ia disebabkan oleh makanan pejal sudah diperkenalkan kepadanya.

Simptom Perut Kembung

Dalam perut mengandungi gas atau udara, ia menjadi masalah apabila gas itu berlebihan. Pada orang dewasa atau anak yang sudah besar, gas tersebut mudah dikeluarkan. Iaitu melalui kentut atau sendawa. Tetapi pada anak kecil, mereka memerlukan bantuan utk mengeluarkan gas dari perutnya.

Cara Mengatasi Kembung Perut Bayi

Salah satu, simptom yang boleh diperhatikan oleh Mak untuk mengetahui samada bayi kembung adalah melihat pegerakan badannya. Jika anak kecil kalian menggeliat dan kakinya menendang-nendang berulang kali, itu lah tanda perutnya tidak selesa.

Ataupun, Mak boleh lihat pada jari-jemari anak. Jika bayi sedang menggeliat sambil menggenggam jarinya, ia bermakna sedang mengalami kembung perut.

Tips Untuk Atasi Kembung Perut Pada Bayi

  1. Baringkan bayi secara terlentang. Kemudian angkat kakinya dan gerakkan seperti aksi mengayuh basikal. Teknik ini boleh membantu mengeluarkan gas dari perut bayi.

2. Urut perut bayi dengan menggunakan balm Tasneem Naturel secara perlahan-lahan dengan mempraktikkan urutan ‘I Love U’. Ia juga boleh menggantikan minyak telon.

3. Bayi perlu diberi susu sebelum mereka berasa lapar. Ini kerana untuk mengelakkan angin masuk semasa bayi sedang menangis kelaparan. Posisi badan bayi ketika menyusu harus sedikit tegak supaya susu masuk ke dalam perut secara perlahan-perlahan dan selamat.

Kembung perut pada bayi yang berlarutan juga mungkin simptom terjadinya masalah pada bahagian pencernaan. Kalian usah panik jika perut bayi mengeras kerana kembung Cuba dahulu beberapa tips seperti di atas.

Namun, jika bayi kalian masih mengalami kembung perut dalam tempoh yang lama, sila bawa berjumpa dengan doktor.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang

Aimi Azam nama glamor yang selalu digunakan dalam media sosial. Anak kelahiran negeri Pahang ini kini menetap di Kluang, Johor. Bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah IPTA di Kluang. Aimi juga merupakan seorang ibu anak dua dan menjalankan perniagaan online sejak 4 tahun lalu.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang
Inilah saya, Puan Aimi, seorang pensyarah di Kluang

Jika dilihat di dalam Facebook dan Instagramnya, Aimi gemar berkongsi mengenai hal-hal aktiviti bersama keluarga terutama keletah-keletah anak-anaknya atau Aimi gemar menceritakan halnya bersama para pelajar nya di kolej. Aimi juga seorang yang suka membaca, dan menonton CD movie.

Minat di dalam perniagaan telah mula bertapak sedari Aimi menuntut di universiti di utara tanah air. Kemampuan keluarga yang terbatas untuk membantu menampung yuran pengajian menggalakkan Aimi mencari alternatif tersendiri untuk membiayai yuran.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang
Antara koleksi buku yang Aimi miliki buat masa sekarang

Bermula dengan mengambil upah kecil-kecilan membuat frame 1000 pieces jig saw puzzle kerana minat Aimi yang sangat tegar dengan permainan tersebut.

Kemudian Aimi mula mengambil upah sebagai ‘editor’ assignment kepada teman-teman sekampus. Katanya mungkin kerana sikap Aimi yang terlalu ‘cerewet’ dan ‘details’ dalam memeriksa dan membuat tugasan. Perniagaan ini paling mendapat sambutan ketika Aimi menyambung peringkat Sarjana sebagai ‘editor’ pelajar-pelajar Ijazah.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang

Gambar kenangan semasa Aimi menyambung pelajaran di peringkat sarjana

Perniagaan online Aimi bermula dengan cubaan menjual handbag tetapi bertahan dalam setahun sahaja kerana komitmen terhadap pekerjaan tetap. Kemudian, menyambung semula 2 tahun lalu dengan perniagaan barangan bayi secara dropship.

Aimi menyertai banyak jenis dropship barangan bayi dari pelbagai agen, ia telah memberi cabaran kepada Aimi. Salah satunya adalah kerugian yang terpaksa ditanggung kerana kesilapan supplier.

Dalam tempoh tekanan itulah, Aimi mula ternampak iklan pencarian dropship yang dibuka dengan yuran serendah RM20 sahaja, pada ketika itu. Tertarik dengan iklan yang dinyatakan, Aimi menyertai group tersebut melalui Whatsapp Group.

Bermulalah perkenalan mengenai balm Tasneem Naturel. Bertindak dengan mencuba 1 set balm Tasneem Naturel, Aimi mula jatuh hati menjadi agen Tasneem Naturel apabila salah satu balm telah berkesan kepada anaknya yang mengalami sembelit. Dengan niat ingin berkongsi manfaat bersama, Aimi sebarluaskan kebaikannya melalui bisnes ini.

Oleh itu, bermula Disember 2017, Aimi mendaftar menjadi Pengedar Tasneem Naturel yang sah sekitar kawasan Kluang dan Batu Pahat.

Untuk dapatkan balm Tasneem Naturel di kawasan sekitar Kluang, boleh hubungi Aimi di Whatsapp. Ataupun boleh juga jenguk kedai Aimi di Shopee. Jika ada masa terluang, meh singgah di FB Page Tasneem Kluang.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Sejak awal 2016, ramai yang mula mengetahui kebaikan essential oil. Ia seolah-olah memberi jalan alternatif dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kesihatan. Essential oil juga banyak membantu untuk menstabilkan emosi, menimbulkan rasa ketenangan dan menghilangkan mood stress.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Mengapa Essential Oil?

Essential oil ini mempunyai aroma tersendiri. Namun, ia bukan minyak wangi. Ia merupakan bahan ekstrak daripada tumbuhan dalam bentuk cecair yang sangat pekat dan mudah meruap. Walaubagaimanapun, ia selamat digunakan tanpa ada kesan sampingan.

Essential Oil dapat menyokong sistem dalam badan agar dapat berfungsi secara optimum. Ia mengandungi bahan kimia aktif yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Contohnya, essential oil ini menyokong sistem pernafasan, aliran darah dan otot. Ia juga membantu menyelaraskan emosi dan mood agar lebih teratur. Ia juga akan mendorong seseorang untuk lebih cergas dan produktif.

Di dalamnya essential oil ini, ada molekul yang sangat halus dan mudah diserap masuk ke dalam salur darah, membolehkannya dibawa ke seluruh badan dan juga otak bagi memberikan kesan yang diingini.

Bagaimana Untuk Menggunakan Essential Oil?

Essential oil ini perlu meresap ke dalam kulit untuk mendapat fungsi tersendiri. Ini 2 cara yang boleh diikuti :

  1. Topical (sapuan)

Ini bermaksud sapuan serta urutan pada kulit.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Untuk penggunaan pada anak kecil, essential oil ini perlu di ‘dilute’ (cairkan) terlebih dahulu. Proses dilution ini juga tidak menghilangkan zat atau khasiat essential oil tadi. Malah, ia lebih banyak untuk di sapu pada kawasan yang lebih besar.

Yang menariknya, balm Tasneem Naturel tidak perlu dicairkan dan boleh terus disapu pada anak kecil. Ia tidak panas, tidak melekit dan memberi keselesaan pada anak kecil.

2. Aromatically (bauan)

Cara bauan adalah cara yang paling senang untuk mendapat manfaat essential oil. Cuma plug in diffuser dengan essential oil kegemaran dan boleh menikmati aroma essential oil yang menenangkan.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Lebih menarik lagi, essential oil mampu merangsang ‘amigdala’ iaitu bahagian otak yang dipanggil ‘pusat emosi’ di mana semua emosi (sedih, marah, kecewa, gembira) disimpan.

Keadaan seperti mudah cemas, kemurungan, autisme, fobia, dan lain-lain sering dikaitkan dengan fungsi amigdala yang terganggu akibat pelbagai sebab.

Jadi, dengan menghidu atau sapu essential oil ini, ia akan membantu unutk melegakan ketakutan, tekanan, trauma, serta menaikkan mood dan minda yang lebih positif.

Untuk dapatkan balm Tasneem Naturel, boleh dapatkan dengan klik button Whatsapp atau terus beli di Shopee

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema
hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Sudah menjadi trend masa kini, para Mak dan Ayah berlumba-lumba menyediakan atau menghadiahi anak kecil mereka dengan permainan yang merangsang minda.

Sebolehnya seawal umur 3 bulan, mereka sudah memperkenalkan bayi dengan permainan berbentuk pembelajaran (edutoys). Salah satunya adalah permainan berbentuk puzzle.

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Sebenarnya ada banyak manfaat permainan puzzle yang boleh merangsang perkembangan bayi dan anak kecil. Pastikan Mak dan Ayah tahu manfaat bermain puzzle di bawah ini.

Penyelesaian masalah

Sepanjang tempoh menyiapkan jigsaw puzzle, anak-anak akan belajar berfikir dan menyusun strategi untuk menyelesaikan puzzle tersebut.

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Proses ini melibatkan langkah penyelesaian masalah. Bagaimana nak letakkan kepingan demi kepingan yang sesuai dan tersusun. Latihan sebegini secara tak langsung boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Baca Info : 3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Koordinasi tangan dan mata

Ketika memegang setiap kepingan. Mata memerhati bentuk kepingan puzzle, manakala tangan cuba meletak pada tempat yang betul. Proses ‘trial and error’ yang terlibat ketika menyiapkan puzzle ini banyak merangsang pergerakan tangan dan mata.

5 Manfaat Permainan Jigsaw Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Merangsang kemahiran kognitif

Ada pelbagai puzzle yang direka dengan tema dan topik berbeza. Contohnya seperti abjad, nombor, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Kepelbagaian puzzle ini boleh membantu anak kecil dalam memahami dengan tema dan topik puzzle tersebut.

Untuk menambahkan keseronokan pada anak, Mak dan Ayah perlu menyertai semasa mereka bermain puzzle ini. Mak dan Ayah juga boleh bercerita tentang tema yang berkaitan.

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Kemahiran sosial

Puzzle ini seronok jika dimain secara berkumpulan. Ia akan generate perbincangan di antara anak-anak ; contohnya di mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa serta saling berkongsi kegembiraan apabila puzzle dapat disiapkan.

Saling berinteraksi ini dapat membantu mengukuhkan kemahiran sosial serta meningkatkan kemahiran bernegosiasi serta komunikasi yang berkesan.

Baca Info : Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Perkembangan motor halus

Motor halus melibatkan otot kecil seperti pergerakan tangan, pergelangan tangan dan jari. Ketika bermain puzzle, anak kecil akan cuba dan terdorong untuk memicit, menggenggam, mengasing serta berusaha memuatkan kepingan puzzle dalam slot yang sesuai. Justeru motor halus mereka bergerak aktif.

Sebab itulah Tasneem Naturel mengeluarkan kempen promosi belian yang ada free gift Puzzle Omar Hana. Memang sesuai untuk anak kecil yang menggunakan balm Tasneem Naturel ni.

Baca Info : Hilangkan Batuk, Kahak Dan Selsema Bayi Dengan Balm Tasneem Naturel

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Puzzle Omar Hana ini ada 9 kepingan dan mudah disiapkan kerana gambar penuh turut disertakan di bahagian papan puzzle.

Puzzle ini sesuai dimainkan di peringkat awal pengenalan permainan puzzle kerana saiznya besar dan tebal. Selain itu, gambar animasi Omar Hana juga berwarna-warni. Pasti memikat hati kanak-kanak kan?

Jika Mak dan Ayah berminat untuk dapatkan produk Tasneem Naturel ini, boleh klik pada gambar Whatsapp atau Shopee di bawah.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema
hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Balm Tasneem Naturel Ubat Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

Setuju tak kalau saya cakap , ramai Mak rasa teruja sehingga tersengih lebar kalau dengar baby atau anak kecil melepaskan angin atau kentut? Hehe. Itu tanda perut anak selesa dan tiada masalah.

Namun, jika anak kecil susah membuang atau perut kembung, memang boleh membawa kerisauan pada Mak. Sebab itu lah, Tasneem Naturel mengeluarkan produk pengganti minyak telon, diberi nama T Rub.

Balm Tasneem Naturel Ubat Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

Balm T Rub cukup digemari oleh ramai Mak kerana ia tidak melekit dan tidak panas. Jadi tiada kebimbangan untuk megurut dan menyapu balm ini pada perut bayi atau anak kecil.

Balm ini juga sesuai untuk melegakan perut kembung, sembelit, dan membuang angin gelora dalam perut bayi. Mak disarankan membuat urutan manja ‘I Love U’ untuk memastikan perut anak lebih selesa.

Balm Tasneem Naturel Ubat Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

Essential Oil Bahan Utama Dalam T Rub

T Rub keluaran Tasneem Naturel ini mempunyai beberapa jenis essential oil yang membantu masalah penghadaman. Contohnya, Lemongrass, Anise, Ginger, Fennel dan sebagainya.

Selain itu, terdapat bahan lain yang menjadikan produk ini dalam bentuk balm. Namun, kesemuanya berasaskan bahan semulajadi dan bebas daripada bahan kimia terlarang seperti paraben dan SLS.

Balm Tasneem Naturel Ubat Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

Feedback Pengguna T Rub

balm hat kuning tu, pakai kat perut best! anak saya boleh berak hari-hari dah. kalau tak, sebelum ni meragam, perut tak kot. Sebab tak berak

-Puan Azimah, Pengguna Tasneem Naturel, Malaysia

alhamdulillah selepas guna balm tasneem anak saya dah kurang sembelit. mudah dia untuk proses membuang air besar. terima kasih ye.

-Puan Fariza, Pengguna Balm Tasneem, Malaysia
Balm Tasneem Naturel Ubat Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

Umi nak bagi feedback. T Rub memang bagus. Sekarang Aira dah tak sembelit. Berak 2 kali sehari banyak.

– Mama Aira, Pengguna T Rub, Malaysia

alhamdulillah, dengan izin Allah. Rasi. Berak dah semalam dan pagi ni.

-Pengguna T Rub, Malaysia

Untuk dapatkan balm T Rub dari Tasneem Naturel, boleh terus Whatsapp saya untuk konsultansi atau buat belian di Shopee.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema
hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Balm Tasneem Naturel Untuk Mengatasi Anak Menangis Ke Taska

Setiap awal tahun, pasti ada kisah-kisah comel anak kecil menangis ke taska. Samada yang merengek di rumah ataupun ada juga setibanya di taska, lagi kuat raungannya. Betul, ini adalah satu proses dan pengalaman baru kepada anak kalian.

Balm Tasneem Naturel Untuk Mengatasi Anak Menangis Ke Taska

Ia juga merupakan perubahan besar untuk anak itu sendiri yang mana belum pernah dijaga oleh orang lain. Selain itu, emosi Mak dan Ayah juga turut terkesan lebih-lebih lagi tidak pernah berpisah sebelum ini dengan anak kecil.

Namun, Mak dan Ayah perlu tahu bahawa menghantar anak ke taska atau tadika adalah pembuka langkah ke arah anak menjadi lebih berdikari dan tidak selalu melekat pada Mak dan Ayah saja.

Baca Info : 5 Cara Untuk Mengawal Anak Tantrum

Calm Time Balm menenangkan emosi anak menangis ke taska

Balm Tasneem Naturel Untuk Mengatasi Anak Menangis Ke Taska

Calm Time Balm ini adalah salah satu balm Tasneem Naturel yang berfungsi untuk memberi kesan rileks dan tenang. Balm ini sesuai untuk anak kecil yang selalu meragam atau menangis.

Balm ini mempunyai essential oil yang membantu menenangkan sistem saraf yang menegang akibat ketidakstabilan emosi seperti menangis. Balm ini juga dikatakan ajaib sebab dapat mendiamkan anak kecil yang suka meragam.

Baca Info : Jenis Tantrum Si Comel

Jom tengok apa bahan yang ada di dalam balm ini.

Balm Tasneem Naturel Untuk Mengatasi Anak Menangis Ke Taska

Minyak pati Chamomile

  • aroma menenangkan
  • tinggi antioksida
  • membantu menyokokng sistem imunisasi

Minyak pati Frankinsence

  • memperlahankan aktiviti sistem saraf dengan memberi rasa rileks
  • meningkatkan mood mengantuk bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur
  • membaiki mood supaya lebih stabil dan fokus yang lebih baik
Balm Tasneem Naturel Untuk Mengatasi Anak Menangis Ke Taska

Minyak pati Bergamot

  • dapat mengurangkan ketegangan otot
  • aroma yang segar merangsang ketenangan dan rasa rileks dalam diri
  • bertindak sebagai antiseptik; dapat mempercepatkan penyembuhan luka
  • membantu merawat pelbagai masalah kulit

Minyak pati Geranium

  • mengurangkan kemurungan
  • melegakan tekanan
  • mengimbangi hormon
  • melancarkan perdaran darah
Balm Tasneem Naturel Untuk Mengatasi Anak Menangis Ke Taska

Minyak pati Lavendar

  • membuat diri berasa tenang dan mood rileks
  • membantu meningkatkan emosi yang stabil

Minyak pati Marjoram

  • minyaknya bersifat menenangkan
  • menyokong sistem imun
  • memberi kesan positif kepada sistem kardiovaskular
  • menstabilkan aliran darah

Untuk mendapatkan balm Tasneem Naturel bagi mengatasi masalah anak menangis ke taska, boleh hubungi Whatsapp saya atau buat belian terus melalui Shopee. .

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema
hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema