5 Sebab Perlu Guna Minyak Wangi

Minyak wangi ni bagi saya ia menjadi popular bukan sebab boleh mengatasi bau badan. Namun, ia boleh menginjakkan semangat. Jadi, ia bukan lah keperluan, tapi kemestian yang wajib ada untuk semua orang. Terasa macam seperti tidak lengkap keluar rumah tanpa semburan minyak wangi.

Jom selongkar sebab perlu guna minyak wangi dalam aktiviti harian kalian.

Meningkatkan Mood Mengikut Persekitaran

Cuba kalian bayangkan, jika mengantuk dan rasa lemau, pasti kalian mencari kopi yang boleh memberi tenaga, kan? Begitu juga dengan semburan minyak wangi. Ia akan mengembalikan kesegaran tubuh badan kalian.

5  Sebab Perlu Guna Minyak Wangi
Semburan perfume boleh mengubah mood

Aroma dalam perfume boleh memainkan peranannya mengikut bahan yang digunakan.

Perfume juga mencerminkan mood kalian dalam menyelesaikan rutin harian. Terdapat pelbagai jenis aroma yang berbeza yang boleh menggambarkan mood kalian; sedih, nakal, malu, gembira. Jadi, kalian perlu mengenalpasti perfume yang bakal dipakai untuk menentukan mood seharian.

Perfume Menambahkan Keyakinan Diri

Kebiasaannya kalau kalian berbaju baru, atau gaun cantik, tahap keyakinan kalian tinggi, kan. Sama juga jika kalian memakai minyak wangi. Ia akan meningkatkan keyakinan diri tanpa perlu risau dengan masalah bau badan.

5  Sebab Perlu Guna Minyak Wangi
Minyak wangi membuatkan si pemakai berasa lebih yakin

Aroma yang harum membuatkan si pemakai berasa lebih yakin apabila berdepan dengan orang ramai.

Bayangkan kalau kalian terlupa spray perfume untuk ke pejabat, nak bersalam laga-laga pipi dengan kawan-kawan pun rasa was-was, kan. Oleh itu, kalian perlu berwangi-wangian untuk menambahkan keyakinan.

Merangsang Keintiman Suami Isteri

Hubungan suami isteri bertambah intim

Point yang ini hanya untuk mereka yang sudah berkahwin saja tau. Kalian boleh menggunakan minyak wangi untuk meningkatkan hormon seksual. Di rumah pun boleh sentiasa wangi untuk orang yang tersayang.

Aroma mengasyikkan boleh mencipta kebahagiaan suami isteri.

Jadi, kalian boleh cuba buat pilihan perfume tertentu untuk sentiasa mewujudkan sifat kasih sayang di rumah. Usahlah kalian sembur perfume waktu nak keluar rumah saja tau. Inilah rahsia kebahagiaan alam rumah tangga. Haha.

Haruman Mampu Mengimbau Memori

Aroma sangat berperanan dalam mencipta kenangan. Setiap badan akan menghasilkan bau tersendiri dan perfume yang digunakan juga boleh membezakan setiap personaliti. Masakan tidak seseorang itu mampu rindukan bauan yang dipakai oleh pasangan.

5 Sebab Perlu Guna Minyak Wangi
Terkenang memori lalu saat ku cium aroma itu

Setuju tak dengan statement ni? Confirm naik thumbs up kan! Hihi.

Selain itu, terdapat sebahagian wanita yang memakai minyak wangi yang sama dengan ibu mereka. Ia bertujuan untuk menghidupkan kenangan lalu bersama ibu. Itulah sentimental value yang ada.

Ingin Kesan Aromaterapi

Terdapat minyak wangi yang bukan sahaja memberi aroma yang harum yang boleh menutup bau badan. Malah ia boleh memberi kesan aromaterapi kepada si pemakai. Dan, sudah tentu keperatusan minyak pati yang digunakan adalah sangat tinggi.

5 Sebab Perlu Guna Minyak Wangi
Sabreen keluaran Tasneem Naturel yang memberi kesan aromaterapi kepada si pemakai

Perfume aromaterapi boleh membantu kalian berasa tenang dan emosi berada dalam keadaan yang stabil.

Contohnya adalah bau lavender dapat mengatasi masalah kemurungan yang dihadapi oleh sesetengah wanita selepas bersalin. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan insomnia.

Disebabkan ini jugalah yang mengakibatkan ada sesetengah penggemar minyak wangi berasa ‘ketagih’ untuk menambah koleksi perfume yang mereka suka.

Jadi diharapkan 5 Sebab Perlu Guna Minyak Wangi ini dapat menyedarkan kalian kepentingan untuk menyembur perfume samada di rumah mahupun di luar rumah.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Ramai yang telah melakukan kesalahan besar dalam memakai minyak wangi! Keharuman perfume tidak kekal lama hanya kerana cara kalian memakainya – sembur minyak wangi di pergelangan tangan kiri kemudian menekapnya dengan pergelangan tangan kanan, itu adalah salah!

Saya tahu ada antara kalian suka kumpul perfume berjenama, simpan duit dan berusaha untuk mendapatkan minyak wangi terbaik, jadi janganlah membazir walau setitik pun minyak wangi itu.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Ini 5 tips minyak wangi kekal harum sepanjang hari dan membuatkan kalian berasa sentiasa segar.

Namun, kalian perlu tahu minyak wangi terdiri daripada 3 notes (lapisan). Top note (lapisan atas) adalah bauan pertama yang kalian hidu (biasanya akan hilang selepas 20 minit). Middle note (lapisan tengah) adalah bauan yang lebih ketara (wujud selepas 15 minit). Base note (lapisan dasar) adalah bauan yang paling kuat dan kekal lama.

Jadi, jika kalian ingin minyak wanyi kekal harum sehingga base note, ikuti tips ini.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Lembapkan Kulit Sebelum Sembur Minyak Wangi

Haruman kekal berpanjang apabila ia disembur pada kawasan berminyak. Pastikan kulit kalian telah bersedia dan lembapkannya dengan losyen sebelum spray minyak wangi. Kalian hanya perlu pastikan losyen tersebut tanpa wangian (unscented), jika tidak ia akan bercampur bau dengan perfume dan aroma itu akan bertukar.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Kenalpasti Point Untuk Sembur

Semburan pada kawasan yang lembap pada kulit boleh membuatkan ia harum dan wangi pada jangka masa yang lebih lama. Untuk lebih spesifik, kalian boleh sembur pada kawasan nadi, kerana ada pembuluh darah yang berada di atas permukaan kulit.

Contoh point ini di pergelangan tangan, siku, leher, dada, belakang lutut, buku lali dan kelangkang. Pada point nadi ini, akan berlaku tindakbalas secara semulajadi dan membantu aroma menguap (evaporate) dari kulit.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Sapu Vaseline Pada Point Nadi

Sedia maklum, untuk kekal wangi sepanjang hari, kalian perlu melembapkan kulit. Jadi, cadangannya adalah lapisi sedikit vaseline pada point di kulit untuk ia ‘mengunci’ aroma.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Aroma ‘Keras’ Lebih Kekal Lama

Ada sesetengah orang gemar minyak wangi berbau lembut. Selain itu lebih suka perfume yang lebih keras. Aroma lembut seperti citrus atau jasmine akan meruap lebih cepat kerana molekulnya lebih kecil. Manakala aroma seperti kayu atau musk akan ‘mix’ dengan kulit kalian lebih lama.

Jadi, tidak hairanlah perfume lelaki lebih tahan lama baunya berbanding perfume wanita. Namun, perfume Tasneem Naturel adalah unisex dan boleh juga dipakai oleh kanak-kanak. Perfume Tasneem Naturel juga diperbuat daripada batang, bunga dan daun ros. Sebab itu lah, aromanya juga kekal berpanjangan.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Simpan Perfume Di Dalam Almari

Elakkan meletakkan botol perfume kalian di kawasan yang terdedah dengan cahaya. Ini kerana molekul dan aroma minyak wangi itu akan rosak. Jadi, langkah yang betul adalah menyimpan botol perfume dalam almari atau tempat yang gelap.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Reminder!

Jika haruman kalian sudah hilang semasa lunchtime, ingat kembali cara kalian memakainya dan DON’T DAB!

Semoga perfume hacks ini dapat memberi info pada kalian semua.